What Should I Do??...by Jan geun Suk
lagu ni merupakan OST drama korea bertajuk You're Beautiful... cite neh pada aku tersangat la best dan menyebabkan aku jatuh cinta lagi kepada aktor-aktor korea.huhuhu.mereka sangat cute dan comey..geram tgok dorang neh,memg x tido malam aku dibuatnyer kalau da mule ngadap drama korea,sure maraton episod ke episod sampai x tido malam.(salah satu sebab kenapa aku selalu bangun lambat,lepas jer subuh terus tido balik..heheheh,wink,wink,(^_^)
You're Beautiful merupakan sebuah drama korea yang menerapkan nilai-nilai persahabatan dalam sebuah kumpulan,di samping menekankan sepenuhnya kepada cinta dan kasih sayang. Drama ini banyak memberikan gambaran bagaimana seorang sahabat sanggup berkorban demi kebahagiaan temannya,walaupun dia sangat-sangat menyukai gadis yang sama. Shin Woo Hyung, merupakan 2nd hero dalam drama ini, di mana menyimpan perasaan kepada Go Mi Nam/Go Mi Nyu, tetapi merahsiakan rasa hatinya kepada Mi Nam kerana dia taw yang Mi Nam suka kepada Hwang Taw Kyung, hero utama dalam cite neh. Tae Kyung merupakan seorang jejaka yang cool, dan sangat la comey.huhuhu...cite neh memang besh sebab kalau tengok, akan wujud pelbagai emosi dalam diri dan yang paling besh wujudnya scene2 kelakar yang mencuit hati..tp klau sampai kt part sedih tu,leh sama-sama meleleh air mata.uwaaaa...heheehe..
tgok cite neh,aku secara exclusifnye terasa sgt besh jadi Go Mi Nam/Nyu, sebab kehidupan seharian dikelilingi lelaki-lelaki yang tersangat la gentle dan caring..beshnyer,so..no wonder la Yee Ho Yi sangat cemburukan Mi Nam/Nyu, dalam cite neh sampai sanggup wat mcam2 untuk pisahkan Mi Nam/Nyu dari 3 jejaka hensem, Tae Kyung, Shin Woo and Jeremy, tapi seperti biasa, mesti x jadi...sebab Go Mi Nam/Nyu merupakan gadis yang dicintai oleh ketiga-tiga jejaka neh..uwaaaa...sgt2 besh jd Mi Nam/Nyu,kan,kan,kan....(^_^)
tapi, jadi Go Mi Nam/Nyu pon x besh gak sebenarnyer,sebab die kene menyamar jadi abangnye,(Go Mi Nam) utk membantu abang die mencapai impian jadi artis, dengan harapan nnti dapat cari mak dorang, yang sebenarnya mak dorg da mati..sian kan..jadi di sinilah bermula kisahnya bila wujudnya Go Mi Nam palsu yang mana merupakan adik kembar Mi Nam iaitu Go Mi Nyu...sesi penyamaran berlaku dengan jayanya hingga menyebabkan wujudnya perasaan cinta di kalangan mereka, lebih-lebih lagi bila sume dah taw yang Go Mi Nam merupakan seorang perempuan...kire cinta 4 segi la neh kot,hhehehe...mcam mana nak leraikan hubungan yang kusut neh, kene la tengok drama neh sendiri ...heheheh....memg besh,rating yang aku kasi, sebanyak 5 bintang.hohohoho....wink,wink(^_^)
p/s : lepas tgok cite neh, i fall in love with hwang tae kyung...love him so much,muaxx...wink,wink..(^_~)
No comments:
Post a Comment